Sunday 31 March 2013

kenapa lelaki curang?

Assalamualaikum stalker,pembaca blog yg setia,bapak-2 ibuk-2 sekalian.Haa,rajin pulak nak update blog ujan-2 cenggini.Lagipon bosan arh xde buat ape-2.Tunggu my boy reply msg lama punye.Mentang-2 PLKN.Puas die tengok perempuan.Jelous k jelous. '_' Hm,tengok topic atas tuh tak?kenapa lelaki curang?Masing-2 dah tahu kenapa lelaki curang bagi yg dah berpengalaman.Fateen pon berpengalaman jugak tau.Curang banyak jenis.Contohnye,pasangan kite dalam diam die berkongsi kasih spt perempuan simpanan.Huh!Kecoh klu pasangan masing-2 curang sesama sendiri.Hey boys,jgn ingat korg tuh boleh tertarik girls-2 lain.Ingat perasaan wanita/perempuan.Walaupon wanita/perempuan lebih banyak lam dunia neh,n korg pk tak cukup laki korg boleh curang sesuka aty.Bukan boys je yg slh.Perempuan pon ade yg curang.Taknak satu,nak dua tiga jugak.Huh!

Semua org taknak pasangan dea curang.Fateen pon taknak!Tapi kan,setelah Fateen google kenapa lelaki curang,boleh tahan jugak punca tuh kan.Yang pertama,girls diorg tak pnh hargai kesempatan yg ada.Contohnya,si boys ni nak jumpa ala-ala dating,tapi si girls nih busy tolong mak contohnya.Makin dia camtu tiap-2 ary,si boys tuh meluat.Dan si boys tuh amek kesempatan cari girls lain.Hello boys,girls camni layak dijadikan isteri taw!Sebab kenapa?Dia rajin tolong mak nya.He he he.Ada jugak curang si boys neh tak cukup perempuan satu.Tergoda kecantikan perempuan lain.Haa,bahaya bahaya.

Dulu,Fateen pernah ada boyfriend capital I*nama dirahsiakan.Tapi,tak lama pon.Fateen serba tak kena ngn dia.Ada something tak kena.Mintak kredit bukan maen.Pelik kan laky mintak kredit ngn perempuan kalau selalu.Klau sekali,tak heran la..He he he.curang jgn sesekali.Kalau bermadu boleh.Sebab nak ikut sunnah Nabi.Hi hi hi.Tapi,perempuan tak suka dimadu.Sebab taknak suami diorg berbagi kasih ngn pmpuan lain.girls says : ANTI CURANG!Fateen harap my boy tak curang laa.Walaupon dah lama couple,Fateen harap dia tak jemu ngn hubungan kite neh.Hm,ada lain lagi kenapa lelaki curang dalam percintaan.Mereka nak test cemana rasa couple ngn 2 pmpuan kutt.

Hidup mereka jugak terkongkong.Tak baek kongkongkan sangat pasangan kita,.Nanti dia tak sabar ngn kerenah kita.Perempuan suka manja.Sebab tu mereka suka kongkongkan pasangan.*termasuk Fateen.Jujur k jujur.Selain tu,laky nih melahirkan sifat jemu klu girls diorg mengada ngada.COntohnya minta apa-2 janji lebih.Amboii girls,jgn k jgn.Diorg hormat jugak.Klu saling percaya,InsyaAllah boleh kekal dan akhirnya ke jinjang pelamin.Itulah cinta sejati.Wink wink ^_^ Tapi,kalau anda tahu yg die playboy lama dah,jgn sesekali couple ngn dia.Klu tak,makan diri akibatnye.Org-2 ckp,klu pasal couple nih,boleh buatkan tak sedar dunia. Haa,hati-2 pilih pasangan yaa. -__- Thanks reading.

Friday 29 March 2013

Luahan Kesian

Assalamualikum.Buat ape tu?dah makan ke blom?Fateen dah taktau nak buat ape daa.Boring giler.Homework pon tak terbuat.Haduiiii~Masaaaa, cepat laa ko berlalu.Fateen dh nak SPM nih.Nak dok umah pon boring.Ape erk yang tak memboringkan kite?-,-' blur daa.Hari nih hari sabtu.Esok last cuti bulan 3.Dah tu masok bulan 4.OMG! Kan Fateen dah cakap,masa berlalu begitu cepat.Korg suke tak?suke tak?Fateen suke k.HAHA.Entah kenapa suke.

Ni post title ape erk?Blom tertulis title neh tau.Tulis dulu baru tulis title.HAHA.itu style Fateen.Korg jgn ikott.Kang kena virus.*gurau je laa.Ehh korang?Fateen neh cam syok sendiri je tulis or update blog.Fateen taw xde org bace pon. :/ Mana taknye.Follower dah la tak ramai.Ape bole buad.Tk aktif sgt pasal blog nih.Tak sabar tunggu cuti Gawai Bulan 6 nih.Korg cuti kat mane bulan 6 nanti erk?Klu Fateen,kat Kuching jer kot.Takyah ngegeh nak melancong jauh. :p

Hmm,tarikh SPM 6 November 2013.Haa,so kena prepare awl laa nih.Study pon blom ckp.Ckp pakai makan adelaa kutt. :p Tak sabar nak raya.Amboii,puasa belom dah nak raya.Dah prepare baju raya ke korg?Fateen dah.Warna nye pon warna warni.Hm,klu tahu rumah Fateen,jemput dtg rumah k.Kat Sarawak.HAHA.Oii,siapa nak tolong siapkan correction exam Fateen?Meh dtg la umah.Tangan Fateen tak sedia pegang pen lagi. :/ klu buad ohomewrok nati, buhsan k buhsan.Klu study barulaa seronok.Siezly,Fateen tak suke buad correction exam. :p

Yang rindu nak sekolah tu, sabar k sabr.Tak lama lagi buka sekolah.Nape erk?klu cuti rindu nak sekolah.Klu sekolah,rindu nak cuti?Adakah itu normal?Korg camtu ke?Fateen mmg cmtu.Pelik bin Ajaib kan?Sekrg nih pon dilanda hujan.Rahmat dari Allah.Jgn kita tolak.Am I right? ;) fateen lom makan woii. Lapar mmg lapar.Tapi nak diet.Perut dah berkeroncong dah nih.ERGH!rindu die sangat-2.Rindu abah n adek laki.Semoga korg jga diri baek-2.Jgn lupa org disini. ;)

Okay Bye Assalamualaikum. 

Cinta ohh cintaa

Assalamualaikum pembaca blogger. Speatutnya org daa tidur jam cenggini. Tapi Fateen takley tido. Entah nape. Hmm, Fateen takkan happy sblm die pulang sini balek. Fateen arap die jaga diri baek-2. Tadi pon baru abis texting ngn die. Fateen taknak die tgglkn Fateen. Fateen syg die. Fateen try sent msg cenggini kat die "Jika kau benar mencintaiku, kau takkan rela melepaskanku dari hidupmu. Tapi jika kau tidak tulus mencintaiku, jangan memberi harapan palsu padaku" . Die pon reply cenggini "ya ya" . hati Fateen dah tak berbunga dah. Slumbernye die jawab camtu jer. -,-

Fateen harap die takkan tinggalkan Fateen. Hmm, korg rasa korg bole thn ke kesepian korg klu tanpa texting ngn gf/bf korg? klu Fateen, TAK TAHAN k. Ulang sekali lagi, TAK TAHAN. Itulah cinta sejati kut. ^^ ehh korg. korg tgh dilamun cinta jenis ape erk? Cinta buta, cinta monyet o what ? Ha ha ha Fateen Cinta Sejati k. :-* Sebenarnye, cinta itu indah. Ramai yg cakap cinta itu buta. Yelaa buta. cinta mana ada mata. Tapi, cuba pahami betul-2. cinta tak buta. Manusia je buta xdpt menghargai cinta betul-2. ingat neh. Jgn ckp cinta itu buta okay. Kang cinta korg takde yg setia. *cakap jer

Makna cinta sebenar :
Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.
Saya kurang faham makna sebenar cinta, saya kurang jelas mengenainya. Namun saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan saya, cinta itu sebenarnya adalah.. 

Amanah Dari Allah




Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.

Cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.

Keikhlasan Yang Menipu

Ada pepatah menyatakan “Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu!”. Lalu sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:




Kenapa cinta aku tidak terbalas?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas. 


Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.


Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
Ayat-ayat seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut-sebut dan diulang-ulang supaya ramai orang bersimpati dengan mereka. Supaya ramai orang merasakan dirinya benar dan orang yang menolak cintanya itu telah melampau.

Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.
Kaitan Cinta Dengan Amanah
Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:

(1) Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.

(2) Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka. 

(3) Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah! 

(4) Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar! 

(5) Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.

Mungkin terdapat banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Namun saya rasa cukuplah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Mari sama-sama kita menghayati makna sebenar cinta. Sesungguhnya cinta yang ditolak bukanlah suatu penyiksaan dari manusia tetapi ujian dari Allah. Kita perlu amanah dalam mencintai diri sendiri, usah biarlah diri hancur dimusnahkan dengan cinta manusia yang bersifat sementara. InsyaAllah..

Thursday 28 March 2013

Love Him Till death

Assalamualaikum stalker ku sekalian. Follower ku sekalian. Korg daa makan ke blom nehh? Dah kott. Fateen makan nasi tapau jer tadi. Bukan malas nak masak. Cume ibu sedara yang tolong belikan. Lama siott gak tak update blog. Fateen malas laa nak tuliss bagaii. Stalk blog orang je rajin. He he he ~ Ada gak bukak blogger.com. Tak terpost ape pon. Naa , ni pon tyme rajin.

Nak tahu nape rajin? Hmm, my boy dah pergi PLKN. so, Fateen boinxx ar. Huh! Pagi tadi dia berangkat kol 10.30 pagi. Hurmm, Fateen tahun neh amek SPM. Sesame busy ngn study. Die pulak busy ngn PLKN. Die balik sini 21 Jun. ERGH! Lama tuhh. Tapi kan, Masa berlalu begitu cepat. WELL~ suka suka. Takde masalah die PLKN. Cume tak texting 24 jam setiap ary cam dulu. Skrg pon tunggu hari ahad or sabtu
.
Die kat sane 12 minggu. Kena sabar tunggu die balik laa nie. Sabar kan separuh dpd iman. Sumpah! Fateen dah taknak ngn org len dah. Susah nak lepaskan die sbb Fateen dah terlalu cintakan die. Bukan cinta monyet k bukan. Ramai org cakap bercinta alam remaja umur 13 tahun ke 17 tahun digelar cinta monyet. Tapi Bagi kite tak k. He he he. Nak tau tak bile kite start couple? Lama dah. Since Fateen form1. Tu pon kenalan dari kawan die pinjam engpon die call ngn Fateen. Mmg lucu laa waktu tuh. Senyum sendiri dah nih arr.

Malas nak cerita waktu tuh. lau ada masa len kali, Fateen ceciter laa k. Skrg nih, die tak eply lg mcz Fateen. Mungkin masih otw pergi sibu, o Betong or what. Ntah. Tak clear line maybe. Janji ade texting. Hm, die janji takkan lepaskan Fateen. Okayy Fateen percaya..Kalau jodoh tak kemana, InsyaAllah dengan izin Allah akan berkekalan. ^_^

Fateen harap dapat jumpa die lagi. Tahun nih last sekolah. Takut gak dengar berita mengatakan batch 96 kena semua PLKN. OMG! kang itam legam cam kuali. Ha ha ha. Fakta : perempuan tak suka kena sunburn. Siapa setuju? angkat kaki jap? Haaa, gurau je laa. Harap-2 my boy baca nih jugak. Kimsalam syg ngn die. Syg die ketat-2 , erat-2, rapat-2 . Muehehe Okayy bye.

Sunday 24 March 2013

celoteh manja

Assalamualaikum Stalker sekalian. Hye Hye semua. Dah lama tak dengar khabar Fateen kan? Alololo tomey tomey. Bukan Ape. Busy an Exam pertengahan bulan Hari tuh. Dah habis pon. Hari ni jari Fateen giler nak menaip. Pasal tu laa update blog. Kang berdebu takde sape nak bantu sapukan. Har Har Har~

Oke Oke, Fateen busy sangat-2 sampai xde masa nak update. Lebih baik baca buku kan? Sekarang dah nak masuk bulan 4. Hurmm, My boy pon dah nak PLKN. Sedihhhhhhh !! Xde an texting laa. Harap-2 diorg kasi men engpon kan bestttt. Kang rindu lama. huh! Die pergi 30 Mac neh. Amboiii, Lama tuh. Die balek 21 Jun. Haaa! 7 june birthday Fateen. Tak sempat laa nak jumpa tyme birthday nanti. harap harap dialah org pertama yang wishkan Fateen. 

Cuti Seminggu bulan tiga pun dah mengundang. Bosannn ar bosannn . Grrrr! Tapi dok lam umah bess kan? Boleh laa memproseskan memutihkan diri. HAHA jauhi sunburnn. Fakta : sesetengah perempuan tak suka hitam. Termasuklah Fateen. hehe. Kemarin ada kursus agama. Bestt tau. dari pukol 8 pagi hingga pukol 6 petang. Dahsyat! Lama kan?

eh, berhenti disini saja. Fateen berblog neh pon atas tujuan nak tukarkan layout blog. Fateen sudahi dengan Assalamualaikum wbt. Jumpa cerita seterusnya. daaaaa!


 
© THIS IS YOURS!